Wednesday, August 25, 2010

Kerajaan UMNO-BN Memang zalim!!!Kena buat demontrasi!!!

UMNO-BN ni memang zalim. Takdak lagi kerajaan di dunia ni yang sezalim kerajaan UMNO-BN. Ada ka patut dibaginya duit raya kat penjawat awam RM500. Tak patut sungguh. Tak pernah lagi jumpa kerajaan sezalim ni. Memang zalim. Kena buat demontrasi ni...Esok Jumaat, memang sesuai buat demontrasi...Apalagi Mahpuz, Hatta jomla panggil orang kita pi berarak...

Sebelum ni PM Najib dah umum nak bagi duit raya kat peneroka Felda sebanyak RM 350 dan RM150. Sebab tu Felda bengkrap tu. Dia boleh pi guna duit Felda untuk beli aset . Kita mana penting aset-aset semua ni. Yang penting duit dalam tangan. Tak payah nak buat pelaburan semua segala ni. Membazir. Tengok macam Kelantan, tak buat pembangunan, tak membazir. Rakyat nak kerja pi la cari kat luar kelantan. Zalim,zalim sungguh UMNO-BN...Lepas tu pi dok buat MRSM FELDA plak. Apabenda semua ni?? Patut la duit habis...Zalim sezalim-zalimnya UMNO-BN ni. Ada ka buat sekolah. Tak pandai mengurus ekonomi langsung. Husam dah janji dah, kalau PR perintah, 5 tahun takdak cukai. Macam ni la orang pandai ekonomi. Nak cari duit kita minta la derma, jual balak dan pasir semua. kalau lepas setahun duit kerajaan dah habis kita jual la pulak Putrajaya, KLCC dan segala jenis bangunan yang ada kat orang asing. Lagi berdaulat negara kita. Kalau semua dah habis jual kita boleh suruh Pok Nik doa. Lim Guang Eng ngan Karpal Singh lagi sikit nak masuk islam. Kat dada dia dah ada bulan kata Pok Nik. Tu semua sebab doa Pok Nik la tu.

Memang zalim sungguh Kerajaan UMNO-BN. Pelajar cemerlang dia nak bagi biasiswa pulak. Tak perlu biasiswa-biasiswa ni semua. Buat apa la nak bagi budak-budak ni duit. Kita simpan la beli Camry. Baru bergaya dah jadi exco, setakat Proton Perdana V6 tu mana layan. Tak boleh-tak boleh.

Banyak lagi lah yang kerajaan UMNO-BN ni buat yang zalim. Kalau nak tulis tak larat, banyak sangat benda zalim, benda salah yang UMNO-BN ni buat. Kereta eksiden tadi pun salah UMNO-BN jugak. Sapa suruh buat jalan raya. Memang zalim dan bermasalah UMNO-BN ni....