Habis tu, sampai bila nak maju. Baru susah sikit je nak mengalah, dah taknak belajar.
"Mak-bapak aku tak pandai cakap inggeris, tak tahu sains dan matematik, jadi aku tak payah la belajar. mereka pun sama je, ok je aku tengok boleh je idup"Pemikiran macam ni ke kita nak dari anak-anak luar bandar??? Kita sepatutnya mengalakkan mereka untuk menceburi sesuatu yang baru. Orang kampung kalau dia tak pandai sains & matematik ko ajar dalam bahasa apa pun, dia masih tak boleh nak tolong ajar anak dia juga. Memang dia tak tau. Sepatutnya orang yang gi demontrasi tu pergi ajar budak-budak tu belajar bahasa inggeris.
Cuba kita pikir balik. orang dulu pun tak reti jugak bahasa inggeris.Masa tu semua tempat boleh dikategorikan ulu, mak-bapak pun tak sekolah, buku-buku pun semua inggeris, berapa kerat je ada buku melayu.Kenapa masa tu boleh je orang semua belajar lam bahasa inggeris. masa tu lagi la susah, kemudahan semua takde, cikgu pun tak ramai. Balik rumah takde sape nak tegur pasal pelajaran. kat sekolah je cakap Inggeris balik rumah cakap melayu. Kenapa manusia zaman tu boleh, manusia zaman sekarang tak boleh. Padahal zaman sekarang kemudahan lengkap.Ini semua berpunca dari sikap manusia itu sendiri. Semua nak senang tanpa mahu susah.
Pejuang bahasa (konon-kononnya) selalu cakap...
Guru- guru masih banyak yang tak boleh nak mengajar murid-murid dalam bahasa inggeristolong la wei..
6 Tahun..takkan cikgu-cikgu masih tak berjaya nak menguasai bahasa inggeris..buku teks
sama...takkan la selepas
6 Tahun... cikgu-cikgu masih guna
5-3 = 2 - five push three same with twotakkanlah selepas
6 Tahun standard penguasaan bahasa inggeris cikgu-cikgu tu masih lemah..nampak sangat cikgu-cikgu ni tiada kesungguhan untuk belajar bagi memajukan diri. Malunya saya kalau saya menjadi salah seorang dari guru-guru tadi...sungguh memalukan..Budak sekolah rendah pun ada kemajuan...
darjah 1&2- kenal huruf, belajar tambah tolak 1@2 angka...
darjah 3&4- buat ayat, dah darab, bahagi...
darjah 5&6- buat karangan, sifir kena hafal sampai 12...
(ini contoh, sillabus sebenar aku tak tahu)
tu budak sekolah rendah...walaupun sedikit masih ada kemajuan. takkan la cikgu-cikgu ni takde kemajuan langsung..takkan la selepas
6 Tahun masih berada di takuk yang sama. gaji kalau tak naik pandai pulak bising. tapi kualiti diri taknak pulak jaga..
sepatutnya geng-geng Gapena, GMP ni ambil nama-nama cikgu ni tadi bagi kat kementerian. bagi Diorang ni tempoh 1 tahun, kalau takde kemajuan pecat je dari jadi guru..menjatuhkan maruah bangsa...
segelintir cikgu-cikgu ni pun sebenarnya terpaksa jadi cikgu sebab tak dapat kerja sebab tak tau bahasa inggeris, pastu amek KPLI sebab dah takde pilihan..
hati dan jiwa bukan kat kat profession perguruan pun...mereka nilah yang merosakkan generasi muda...
Pejuang bahasa (konon-kononnya) selalu cakap...
(sebab tu aku cakap ni semua pasal politik)
UMNO tak patriotik sebab tak ikut mereka untuk menghapuskan PPSMI...UMNO lah yang menyebabkan tulisan jawi pupus dan sebab itulah ramai anak muda tak reti baca QURAN..Bangsa melayu akan pupus dan bahasa melayu akan lenyap dari muka bumi
ini memang aku tak puas ati..kenapa nak disalahkan UMNO. Dimanakah mahkluk-mahkluk yang berarak semalam tatkala
Teresa Kok nak menggantikan tulisan jawi dengan tulisan cina di papan-papan tanda???
Bolehkah Mat sabu, Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Kit siang, Fong po kuan, dll tu bercakap bahasa Melayu baku???Kita semua tahu jawapannya, mereka hanya boleh bercakap bahasa pasar. mereka sendiri gagal untuk bertutur dalam bahasa melayu. Tetapi tiba-tiba nak menjadi jaguh dalam memperjuangkan bahasa melayu.
Bagi mereka apa saja yang dibuat oleh orang UMNO harus ditentang. Inilah punca segala permasalahan. Mereka hanya menentang.
Takkan lah sebab tak reti baca Quran nak salahkan UMNO jugak??takde sebab kalau ko tak reti jawi ko tak reti baca quran jugak. semua tu sikap manusia tu sendiri.Sama-ada dia rajin atau malas je. Banyak je kelas Al-Quran dan jawi skang ni. Kat TV pun adaTakde alasan langsung untuk nak kata jawi akan pupus..
Ada ke bangsa melayu boleh pupus dan bahasa melayu boleh lenyap sebab guna Inggeris untuk ajar sains dan matematik..tak boleh diterima akal langsung. memang kelakar sangat. malas nak ulas lebih-lebih..Kalau dah melayu tu belacan ngan budu jugak dia cari...
tapi dulu PAS juga kata semangat kebangsaan itu ASSOBIYAH..jadi ape pentingnya bangsa kepada PAS..Dulu kata yang pen.ting ISLAM kerana ALLAH tak tengok bangsa.ALLAH tengok
AGAMA..Dalam Pas sendiri pun tak guna bahasa melayu. Banyak perkataan yang disadurkan dari
ARAB walaupun ada Bahasa melayu. Tiba-tiba sekarang ni nak memperjuangkan Bangsa dan bahasa pulak.
Sebab itulah aku mengatakan penyertaan PKR dan PAS dalam gerakan anti PPSMI ini bermotifkan politik semata-mata. Mereka sedang menangguk di air yang keruh sehingga menyebabkan pak samad pun tertipu.
kita boleh mengatakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) tidak bermotifkan politik kepartian, tetapi sebenarnya masih politik. Inilah yang dinamakan
realpolitik. Hassan Ahmad waktu dalam DBP dulu apa yang dia buat? Berapa banyak buku
SAINS & MATEMATIK dari luar negara berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh DBP??berapa? Kalau buku sastera memang banyak tapi ini buku
SAINS & MATEMATIK.Adakah mereka cuba untuk menutup kegagalan mereka sendiri??cuba baca
sini.
Kita memang mempunyai ramai professor. Tapi malangnya, kebanyakan Professor tu dari jurusan sastera bukan dari Sains & Matematik seperti Pak Samad Said sendiri. Beliau tidak mengetahui kesukaran untuk belajar Sains & Matematik.
Cuba kita renungkan,
Seorang pelajar yang cemerlang dalam Sains dan matematik dari sekolah rendah sampai ke menengah tetapi hanya lulus biasa sahaja di peringkat universiti kerana tidak dapat menguasai bahasa inggeris kerana Universiti yang dimasuki menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar sains dan matematik.PNGK pelajar tersebut akan jatuh, malah yang lebih malang lagi jika pelajar tersebut gagal matapelajaran tersebut dan terpaksa mengambil subjek yang sama untuk kali kedua. Tapi sebaliknya akan berlaku jika dia didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris bermula dari umur yang muda.
"MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"Contoh mudah ialah makan.
Kalau kita dari kecik dah biasa makan nasi, pergi mana pun ceruk dunia mesti kita kalau boleh nak cari nasi jugak untuk makan. Kita akan merasa gelisah kalau pergi tempat yang takde nasi. Sebab dari kecik kita dah dididik macam tu. Memang susah nak ubah sebab dah jadi tabiat kita, malah aku berani cakap kalau doktor larang makan pun kita tak peduli. Kita tetap nak makan nasi jugak sebab kita dah biasa. Dah susah nak ubah selera. Anak kita kalau kita ajar makan roti bila dah besar kita nak ajar makan nasi memang dah susah. Berbeza pulak kalau kita ajar dia pagi-pagi makan roti, tengahari makan nasi, malam makan bijirin. Dia pergi ceruk dunia mana pun tak kisah. Semua benda dia boleh makan nanti berbanding kawan-kawan dia yang tak biasa.
Sama juga dalam isu PPSMI ni. Dari kecil dah guna bahasa melayu untuk sains & matematik dalam bahasa melayu, tetiba masuk universiti nak kena guna bahasa inggeris, memang susah la nak sesuaikan diri. Tambahan pula sebelum ni memang tak berkomunikasi guna bahasa Inggeris (B.I), asyik pakai bahasa Melayu(b.m) saja. memang susah la nak ubah. Orang lain dah jauh ke depan dia baru nak hafal terma-terma. Tapi kalau kita ajar sains & matematik dalam BI, Subjek lain dalam bahasa melayu dia masih boleh guna bahasa- bahasa tu. Itulah keuntungan dia. Barulah dia boleh "berdiri sama tinggi,duduk sama rendah" dengan orang lain..
Mahkluk-mahkluk diluar sana mungkin ada sebab tersendiri untuk mengatakan PPSMI ini patut dihapuskan tetapi cuba kita fikir sejenak.
1) Penunggang motosikal paling banyak terlibat dalam kemalangan jalan-raya. Kita tak haramkan motosikal, kita buat lorong khas untuk penunggang motosikal.
2) Statistik menunjukkan ramai penumpang kenderaan akan tercampak kehadapan apabila kemalangan berlaku. Kita tak haramkan kereta, lori dan van, kita suruh mereka semua pakai tali pinggang keledar.
takkan lah kita nak
bakar kelambu sebab marahkan nyamuk??Itu cuma sedikit saja contoh. Setiap benda mesti ada jalan penyelesaian. Kalau terus dihapuskan memang lah rugi. Aku harap pihak-pihak tertentu berhenti dari mengpolitikkan isu-isu ini..
Bagi aku senang saja nak lawan isu ni. Buat kamus untuk sains dan matematik. Jadikan kamus tu buku teks percuma. Kerajaan tanggung.Semua pelajar dapat sorang satu. Kalau mak-bapak budak tu tak reti bahasa inggeris ke, buta ke, bisu ke, pekak ke, budak tu masih boleh belajar di rumah.Takkan ada alasan lagi dah.
betul tak???"SAYA SOKONG PPSMI"
lagi artikel berkaitan...
sini, sini, sini, sinihttp://ppsmi-etems.blogspot.com/
http://pilihan-anda.blogspot.com/2009/02/bantah-ppsmicontohi-jepun.html