Wednesday, September 14, 2011

Bukit Kepong : Mat Sabu Betul Komunis Pejuang Polis Yang Salah?

Seperti mana yang dilaporkan oleh harakah, polis yang diserang masa tragedi bukit kepong dikatakan tengah main judi dan mabuk.

Aku tak kisah langsung polis tu mabuk ka tengah doggie ka tutuh pungkoq ka. semua tu aku takdak hal. sebab kita taktau cerita sebenaq pun macam mana. aku cuma nak ulas apa yang keluaq dari mulut mat sabu ja.


“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011.


1) Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar- memang mat sabu tak sebut direct dia kata KOMUNIS pejuang kemerdekaan tapi indirectly dia sebut "Hat (yang) serang". kat sini kita semua tau frasa "Hat (yang) serang" tu adalah komunis. takkan kita tak ingat kita belajaq pemahaman dulu macam mana. kan banyak soalan2 macam ni. contoh soalan:

I) Setelah membaca artikel bukit kepong tadi siapakah yang dimaksudkan sebagai Hat (yang) serang ?

i) Polis
ii) Komunis
iii) Mat Indera
iv) Jins Samsuddin
v) Mat Sabu

a) i, ii dan iii
b) i dan iii
c) ii dan iii
d) semua di atas

soalan tamat

jawapan dia C.

secara tak langsung di sini mat sabu dah iktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan. betoi ka dak?


2) Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar- kalau yang serang tu mat indera dengan orang2 kampung melayu yang lain aku boleh terima lagi. tapi mat indera bersengkongkol dengan komunis. komunis punya perjuangan bukan untuk kemerdekaan tapi untuk wujudkan negara dan pentadbiran komunis di tanah melayu.


3) mungkin betoi polis waktu tu tengah mabuk ka main judi ka tengah doggie ka tutuh pungkoq ka tapi apa hak mat indera dengan komunis ni untuk serang polis? sapa depa ni? adakah komunis ni semua ditugaskan untuk menjaga agama dan moral masyarakat masa tu? komunisme itu sendiri tak percaya agama tiba2 nak attack orang lain atas alasan nak menghapuskan mereka yang melakukan kemungkaran. ada lojik ka alasan mat indera serang polis sebab polis ni mungkin tengah mabuk dan main judi.


4) dan atas alasan apa puak2 komunis ni pi serang polis sampai beratus orang sedangkan polis hanya 20-30 orang saja? lojik ka. lagi satu, serangan tu dah dirancang dengan rapi dan teliti. bukan adhoc. ok, kita terima la polis tu tengah mabuk dan main judi tapi tak terpikirkah kita macam mana komunis tau polis nak mabuk dan main judi malam tu?



5) orang kampung tu sendiri pun sama2 lawan komunis. jadi apa kejadahnya tiba2 dikatakan komunis ni pejuang kemerdekaan? semua orang tak suka komunis zaman tu (ada la segelintir yang suka). tapi kebanyakkan mereka yang suka tu terpedaya dengan janji manis komunis. tak tau pun apa tujuan dan doktrin sebenar komunis.


6) Jins Shamsudin itu orang UMNO.seriusli aku sanggup tengok crita ni sebab nak paham apa yang dimaksudkan dengan "Jins Shamsudin itu orang UMNO".dan setelah hampir 2 jam aku tengok crita ni aku dapati takdak 1 ayat pun dia sebut pasal umno. yang ada dalam cerita ni hanya pasal penglibatan komunis untuk menawan bukit kepong serta penyatuan dan perpaduan antara orang2 kampung dan polis untuk sama2 menghapuskan komunis. orang kampung semua menyokong polis sebab tak tahan dizalimi komunis. itu aja. takdak langsung pasal umno.


7) sebenaqnya mat sabu ni dah terlepas cakap. dia memang jenis seronok bercakap. dia dah tersilap. sepatutnya dia minta maaf ja kata dia silap tapi sebab ego punya pasal jadi la polemik ni. pastu mula la dok tuduh sana tuduh sini, kait sana kait sini sedangkan semua yang bercakap tu bukan pakar sejarah. kalau minta maaf dari awal setel.


8) senang ja nak selesai. dua-dua belah pihak panggil pakar sejarah masing2 pastu debat ka bincang ka bagi setel. hat lain senyap ja tak payah nak memandai-mandai. pakar sejarah ni kena la betoi2 pengkhususan dalam sejarah. najib, muhyiddin, mat sabu, nik aziz tu semua bukan pakar sejarah. jadi depa ni memang tak layak cakap pun pasai benda ni.


kesimpulan "kalau kita tak boleh nak tegakkan benang kita yang basah, jangan disimbah benang orang lain dengan air".

1 comment:

Anonymous said...

Terbaikkkkkkkkkk.... kalau mat sabu baca mmg terkedu mulut berbuih, mcm lembu tergigit lidah