Sunday, October 24, 2010

Menara Warisan hak PNB,ikut suka PNB la...

Aku dah tak faham dengan tahap pemikiran manusia pada masa sekarang. Entah mana auta geng ni ambik untuk dijadikan fakta. Bodoh bertingkat-tingkat. Setakat ni, setelah aku baca segala jenis blog, komen-komen, grup yang menentang kat facebook, aku tengok yang menentang tu takde satu pun yang tau fakta sebenar. Yang aku perasan ada 3 golongan utama:

1) Golongan Semua yang memang jenis takkan setuju apa yang kerajaan buat mesti nak komplen/tentang je kerjanya.

2) Budak sekolah yang main like,sokong je membabi buta.

3) Mahkluk2 yang tertipu dengan auta yang diberikan kerana mereka menyangka perkara itu fakta.

Bukannya susah pun, baca je. Buat penyelidikan.cari sumber yang sahih.Ayat pertama Al-Quran yang diturunkan pun suruh baca. Ini tak, malasnya bertingkat-tingkat, bodohnya melantun-lantun. Aku boleh terima kalau ko nak membangkang tu. Tapi biarlah membangkang secara berfakta, jangan main bangkang je takde hujung pangkal.

Antara persoalan2 dan perkara2 yang dibangkitkan oleh mahkluk2 yang konon-kononnya pandai tapi fakta ntah ke mana.

1) Kenapa nak buat kat kl jugak?

2) Kenapa tak buat kat Putrajaya ke, kat tempat lain takleh ke.

3) Pakai duit rakyat.

4) buat hospital,klinik,sekolah lagi baik.

5) Bonus xleh bagi, buat bangunan boleh plak.

6) dah ada bangunan tinggi, nak buat apa lagi?

7) bagi la pengangkutan ok dulu..

8) kat klcc tu pun tak habis orang sewa lagi...

9) tanda-tanda akhir zaman...

10) kalau tak pakai duit kerajaan knape umum lam bajet???

11) dan lagi...dan lagi...dan lagi...


Bai,ni la masalah orang kita. Disuruh belajar dia malas, disuruh mengaji dia tak tahu. Bai, lu nak tahu kenapa kena buat kat kl bukan kat putrajaya, baling, jelebu, bachok?? Dah PNB beli tanah kat KL dia kena la wat kat KL, takkan la dia nak gi buat kat raub pulak. Dia beli tanah tu dari tahun 2000 lagi, bukannya semalam. Dari tahun 2000 dia dok bayar cukai tanah, maintenance building semua segala bagai. Sekarang ni dia nak develop tempat tu, bila dia develop, dia dapat keuntungan, bila dia dapat keuntungan sapa yang untung??bai, lu ada mencarum dalam asb atau amanah2 saham lain ak?? sedikit sebanyak profit dia akan mengalir ke situ bai.

Lagi satu bai, PNB dah buat statement cakap dia tak pakai duit kerajaan, semua pakai duit dia hasil keuntungan operasi dia sejak 30 tahun yang lalu. Kalau dia rasa nanti tk cukup, dia akan cuba buat pinjaman dari luar, tak kacau duit kerajaan. Tak kacau pun duit yang lu dok claim lu bayar cukai tu, tapi gua tak tau la lu bayar cukai ke tak, tapi gua tiap2 bulan income tax dah siap2 potong.

Bai, lu faham ke tak bai. Bangunan ni PNB buat pakai duit dia sendiri, takde sangkut paut duit kerajaan. Duit yang orang labur lam Amanah2 Saham pun dia tak sentuh. Suruhanjaya Sekuriti ada untuk pantau2 benda2 ni.. Lu jangan risau bai, duit lu selamat. Kalau lu takut jugak, lu tutup la lu punya ASB tu, lu melabur kat tempat lain. Tapi gua nak biar je duit gua dalam tu, sebab gua rasa gua akan dapat bigger return...

Bai, apa keje gile lu nak suruh duit tu guna buat hospital, klinik, sekolah segala bagai?? Tu duit PNB bai, bukan duit kerajaan, sikitnya punya lama dia dok himpun, tiba2 lu nak suruh dia buat benda lain. Gua bagi contoh camni la. Lu dah ada rumah, pastu lu nak buat lagi rumah teres lagi 5,6 bijik untuk buat sewa. Pastu ada orang kampung datang bangkang, tak setuju, derang bagi alasan dari lu buat rumah sewa tu baik lu buat jambatan ka, umah anak yatim ka. Mesti lu tak berapa nak setuju kan. Ye lah, duit lu, lu simpan penat2, sikitnya lama lu simpan, lu nak guna wat modal tapi orang tak bagi. Duit lu ikut suka lu la nak buat apa pun kan? Kalau duit kerajaan tu boleh la jugak nak buat benda2 tu.

Bai, lu dok cakap PNB tu syarikat kerajaan, mesti la kena mengena ngan duit kerajaan. Beza bai beza. Ada government link company (GLC) dan ada Government Link Investment Company (GLIC)Lu kena tau jugak apa function2 kompeni2 ni. Setiap satu dari penubuhan kompeni ni berbeza2 tujuan dia, tapi antara matlamat dia ialah untuk nak bagi duit kat kerajaan. Lu nampak tak bai. Dia yang bagi duit kat kerajaan bukan kerajaan bagi duit kat dia. Mungkin modal awal government bagi, tpi dia bayar balik n dia bagi bagi keuntungan lagi. Dia bagi keuntungan tu lam bentuk cukai la bai. PKNK, PKNS semua tu GLC la tapi peringkat state.

Bai, yang pasal tanda2 akhir zaman tu lu buat apa nak takut. Yang penting lu semayang, puasa, bayar zakat, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang lu selamat la. Ni lu dok kecoh pasal tanda2 akhir zaman tpi lu tak puasa, tak semayang, tonggang lagi apakes??

Bai, yang bonus semua tu tak payah cerita la. takkan la PNB nak kena bayar bonus untuk kakitangan awam kot??

Bai, kerajaan dah berlambak2 buat hospital, klinik, sekolah segala bagai. lu pun boleh perasan benda tu kan??boleh kata, setiap kampung,daerah, jajahan, mukim ada benda2 tu. Pengangkutan awam pun dalam proses penambahbaikan. tapi semua tu tanggungjawab kerajaan jugak, takde kena mengena ngan PNB pun. Dan aku rasa kerajaan dah tunaikan tanggungjawab tu sebaik mungkin dah. Mungkin ada tempat yang tak proper lagi tapi sabarlah, ROME pun tak dibina dalam masa sehari.

Bai, lu orang dok tanya kenapa nak buat skarang, kenapa tak buat nanti??Bai, lu kena belajar dari sejarah bai. Landasan keretapi berkembar ipoh-kl ditangguhkan pastu disambung semula berapa persen dia punya kos naik?? Lu pergi cari sendiri. Kalau tak buat skarang lagi tinggi dia punya kos, lagipun ni duit PNB, ikut suka dia la nak buat bila pun. Lagipun lu kena paham, Malaysia target nk jadi negara maju pada tahun 2020. Sekali lagi lu gi cari apa beza maksud negara maju dan negara membangun.

Bai, lu dok tanya apsal umum masa bajet kalau tak libatkan duit kerajaan. gua harap lu dah faham kot apsal najib umum masa bajet. tak perlu nak terang lebih2 rasanya. yang pasal kesan ekonomi berantai tu pun gua harap lu dah dapat paham. Basic je benda2 camtu..

Bai, gua sokong pembinaan menara warisan...