Monday, January 25, 2010

Tu namanya RASUAH wahai NIK AZIZ....

Pada satu hari, Abu Hurairah – salah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis, ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. memungut zakat daripada kaum Muslimin.

Selepas menunaikan tanggungjawab itu, beliau kembali bertemu Rasulullah, ketika itu Rasulullah terlihat sesuatu di dalam poket Abu Hurairah, lalu baginda bertanya “Apa yang ada di dalam poketmu wahai Abu Hurairah?”

Abu Hurairah menjawab, “Cuma sebuah hadiah yang diberikan seseorang kepadaku ya Rasulullah. Lalu Rasulullah meminta Abu Hurairah mengeluarkannya dan berkata, “Masukkan juga benda itu ke Baitulmal, ingatlah seseorang tidak akan memberi hadiah kepadamu jika engkau bukan seorang petugas pemungut zakat.”

Sikap Rasulullah ini kemudiannya dicontohi oleh Khalifah Umar bin Khattab yang pernah meminta daripada isterinya seutas kalung yang diberikan orang dan menyerahkan kepada Baitulmal, kata Khalifah Umar “Kalau engkau bukan isteri seorang khalifah, mana ada orang yang akan memberikan hadiah kepadamu.”

Demikianlah sifat terpuji dan berhati-hati yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dalam usaha menggelakkan diri mereka terjebak dalam gejala rasuah.

Persoalannya, sejauh manakah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah ini dicontohi oleh sesetengah daripada kita yang mempunyai kuasa dan beragama Islam. Sebenarnya sebahagian besar daripada kita terutamanya mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan jarang sekali berhati-hati dalam soal pemberian hadiah ini.

Bagi mereka, apa salahnya menerima pemberian seseorang atas alasan ia hanyalah satu hadiah kecil atau cenderahati. Mungkin anggapan itu tidak salah, tetapi apakah orang yang memberikan itu benar-benar ikhlas atau hakikatnya mempunyai udang di sebalik batu.

Seseorang tidak akan memberikan sesuatu kepada seseorang lain yang mempunyai kedudukan dan kuasa tanpa sebab, sudah pasti ada sesuatu yang diinginkannya apabila `hadiah’ tersebut diberikan.

Kesudahannya akan wujud gejala rasuah yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Apabila sikap menerima hadiah ini sudah dianggap suatu nikmat maka ia sukar dikikis.

Mungkin dalam usaha untuk menghalalkan perbuatan itu ada di antara kita akan memberikan seribu satu alasan termasuk berpendapat bahawa tidak salah dengan kuasa dan kedudukannya dia menerima hadiah.

Ketika zaman Rasulullah dahulu, para sahabat dan generasi awal Islam menolak menerima hadiah, malah para hakim dilarang untuk dipayung ketika hujan kerana bimbang ia akan menyebabkan timbul rasa terhutang budi sehingga mengakibatkan mereka melakukan berat sebelah dalam menjalankan tugas.

Bayangkan untuk dipayung pun tidak boleh, apatah lagi menerima sebuah hadiah yang pada zaman ini seolah-olah sudah menjadi tradisi dan amalan.

Justeru berdasarkan kepada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan dalam usaha kita membanteras gejala rasuah yang mampu meruntuhkan sebuah bangsa dan negara, hapuskanlah amalan mudah menerima hadiah ini.

Ingatlah Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa penerima dan pemberi rasuah akan menerima pembalasan yang amat pedih di akhirat kelak.

Wassalam.



Credit to ISUHANGAT.NET



Lagi berita

http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/11/nizar-mati-pucuk-nik-aziz-pergi-haji.html

http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/43495-pemuda-umno-gesa-nik-aziz-menantu-letak-jawatan

http://www.malaysiatoday.com/Berita/nik-aziz-batal-pergi-haji.html

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/11/nizar-kkk-nik-aziz-terima-rasuah-dari.html

http://mylasia.net/politik/nik-aziz-terkandas-sebelum-pergi-mekah/









No comments: