Sunday, October 24, 2010

Menara Warisan hak PNB,ikut suka PNB la...

Aku dah tak faham dengan tahap pemikiran manusia pada masa sekarang. Entah mana auta geng ni ambik untuk dijadikan fakta. Bodoh bertingkat-tingkat. Setakat ni, setelah aku baca segala jenis blog, komen-komen, grup yang menentang kat facebook, aku tengok yang menentang tu takde satu pun yang tau fakta sebenar. Yang aku perasan ada 3 golongan utama:

1) Golongan Semua yang memang jenis takkan setuju apa yang kerajaan buat mesti nak komplen/tentang je kerjanya.

2) Budak sekolah yang main like,sokong je membabi buta.

3) Mahkluk2 yang tertipu dengan auta yang diberikan kerana mereka menyangka perkara itu fakta.

Bukannya susah pun, baca je. Buat penyelidikan.cari sumber yang sahih.Ayat pertama Al-Quran yang diturunkan pun suruh baca. Ini tak, malasnya bertingkat-tingkat, bodohnya melantun-lantun. Aku boleh terima kalau ko nak membangkang tu. Tapi biarlah membangkang secara berfakta, jangan main bangkang je takde hujung pangkal.

Antara persoalan2 dan perkara2 yang dibangkitkan oleh mahkluk2 yang konon-kononnya pandai tapi fakta ntah ke mana.

1) Kenapa nak buat kat kl jugak?

2) Kenapa tak buat kat Putrajaya ke, kat tempat lain takleh ke.

3) Pakai duit rakyat.

4) buat hospital,klinik,sekolah lagi baik.

5) Bonus xleh bagi, buat bangunan boleh plak.

6) dah ada bangunan tinggi, nak buat apa lagi?

7) bagi la pengangkutan ok dulu..

8) kat klcc tu pun tak habis orang sewa lagi...

9) tanda-tanda akhir zaman...

10) kalau tak pakai duit kerajaan knape umum lam bajet???

11) dan lagi...dan lagi...dan lagi...


Bai,ni la masalah orang kita. Disuruh belajar dia malas, disuruh mengaji dia tak tahu. Bai, lu nak tahu kenapa kena buat kat kl bukan kat putrajaya, baling, jelebu, bachok?? Dah PNB beli tanah kat KL dia kena la wat kat KL, takkan la dia nak gi buat kat raub pulak. Dia beli tanah tu dari tahun 2000 lagi, bukannya semalam. Dari tahun 2000 dia dok bayar cukai tanah, maintenance building semua segala bagai. Sekarang ni dia nak develop tempat tu, bila dia develop, dia dapat keuntungan, bila dia dapat keuntungan sapa yang untung??bai, lu ada mencarum dalam asb atau amanah2 saham lain ak?? sedikit sebanyak profit dia akan mengalir ke situ bai.

Lagi satu bai, PNB dah buat statement cakap dia tak pakai duit kerajaan, semua pakai duit dia hasil keuntungan operasi dia sejak 30 tahun yang lalu. Kalau dia rasa nanti tk cukup, dia akan cuba buat pinjaman dari luar, tak kacau duit kerajaan. Tak kacau pun duit yang lu dok claim lu bayar cukai tu, tapi gua tak tau la lu bayar cukai ke tak, tapi gua tiap2 bulan income tax dah siap2 potong.

Bai, lu faham ke tak bai. Bangunan ni PNB buat pakai duit dia sendiri, takde sangkut paut duit kerajaan. Duit yang orang labur lam Amanah2 Saham pun dia tak sentuh. Suruhanjaya Sekuriti ada untuk pantau2 benda2 ni.. Lu jangan risau bai, duit lu selamat. Kalau lu takut jugak, lu tutup la lu punya ASB tu, lu melabur kat tempat lain. Tapi gua nak biar je duit gua dalam tu, sebab gua rasa gua akan dapat bigger return...

Bai, apa keje gile lu nak suruh duit tu guna buat hospital, klinik, sekolah segala bagai?? Tu duit PNB bai, bukan duit kerajaan, sikitnya punya lama dia dok himpun, tiba2 lu nak suruh dia buat benda lain. Gua bagi contoh camni la. Lu dah ada rumah, pastu lu nak buat lagi rumah teres lagi 5,6 bijik untuk buat sewa. Pastu ada orang kampung datang bangkang, tak setuju, derang bagi alasan dari lu buat rumah sewa tu baik lu buat jambatan ka, umah anak yatim ka. Mesti lu tak berapa nak setuju kan. Ye lah, duit lu, lu simpan penat2, sikitnya lama lu simpan, lu nak guna wat modal tapi orang tak bagi. Duit lu ikut suka lu la nak buat apa pun kan? Kalau duit kerajaan tu boleh la jugak nak buat benda2 tu.

Bai, lu dok cakap PNB tu syarikat kerajaan, mesti la kena mengena ngan duit kerajaan. Beza bai beza. Ada government link company (GLC) dan ada Government Link Investment Company (GLIC)Lu kena tau jugak apa function2 kompeni2 ni. Setiap satu dari penubuhan kompeni ni berbeza2 tujuan dia, tapi antara matlamat dia ialah untuk nak bagi duit kat kerajaan. Lu nampak tak bai. Dia yang bagi duit kat kerajaan bukan kerajaan bagi duit kat dia. Mungkin modal awal government bagi, tpi dia bayar balik n dia bagi bagi keuntungan lagi. Dia bagi keuntungan tu lam bentuk cukai la bai. PKNK, PKNS semua tu GLC la tapi peringkat state.

Bai, yang pasal tanda2 akhir zaman tu lu buat apa nak takut. Yang penting lu semayang, puasa, bayar zakat, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang lu selamat la. Ni lu dok kecoh pasal tanda2 akhir zaman tpi lu tak puasa, tak semayang, tonggang lagi apakes??

Bai, yang bonus semua tu tak payah cerita la. takkan la PNB nak kena bayar bonus untuk kakitangan awam kot??

Bai, kerajaan dah berlambak2 buat hospital, klinik, sekolah segala bagai. lu pun boleh perasan benda tu kan??boleh kata, setiap kampung,daerah, jajahan, mukim ada benda2 tu. Pengangkutan awam pun dalam proses penambahbaikan. tapi semua tu tanggungjawab kerajaan jugak, takde kena mengena ngan PNB pun. Dan aku rasa kerajaan dah tunaikan tanggungjawab tu sebaik mungkin dah. Mungkin ada tempat yang tak proper lagi tapi sabarlah, ROME pun tak dibina dalam masa sehari.

Bai, lu orang dok tanya kenapa nak buat skarang, kenapa tak buat nanti??Bai, lu kena belajar dari sejarah bai. Landasan keretapi berkembar ipoh-kl ditangguhkan pastu disambung semula berapa persen dia punya kos naik?? Lu pergi cari sendiri. Kalau tak buat skarang lagi tinggi dia punya kos, lagipun ni duit PNB, ikut suka dia la nak buat bila pun. Lagipun lu kena paham, Malaysia target nk jadi negara maju pada tahun 2020. Sekali lagi lu gi cari apa beza maksud negara maju dan negara membangun.

Bai, lu dok tanya apsal umum masa bajet kalau tak libatkan duit kerajaan. gua harap lu dah faham kot apsal najib umum masa bajet. tak perlu nak terang lebih2 rasanya. yang pasal kesan ekonomi berantai tu pun gua harap lu dah dapat paham. Basic je benda2 camtu..

Bai, gua sokong pembinaan menara warisan...



Wednesday, August 25, 2010

Kerajaan UMNO-BN Memang zalim!!!Kena buat demontrasi!!!

UMNO-BN ni memang zalim. Takdak lagi kerajaan di dunia ni yang sezalim kerajaan UMNO-BN. Ada ka patut dibaginya duit raya kat penjawat awam RM500. Tak patut sungguh. Tak pernah lagi jumpa kerajaan sezalim ni. Memang zalim. Kena buat demontrasi ni...Esok Jumaat, memang sesuai buat demontrasi...Apalagi Mahpuz, Hatta jomla panggil orang kita pi berarak...

Sebelum ni PM Najib dah umum nak bagi duit raya kat peneroka Felda sebanyak RM 350 dan RM150. Sebab tu Felda bengkrap tu. Dia boleh pi guna duit Felda untuk beli aset . Kita mana penting aset-aset semua ni. Yang penting duit dalam tangan. Tak payah nak buat pelaburan semua segala ni. Membazir. Tengok macam Kelantan, tak buat pembangunan, tak membazir. Rakyat nak kerja pi la cari kat luar kelantan. Zalim,zalim sungguh UMNO-BN...Lepas tu pi dok buat MRSM FELDA plak. Apabenda semua ni?? Patut la duit habis...Zalim sezalim-zalimnya UMNO-BN ni. Ada ka buat sekolah. Tak pandai mengurus ekonomi langsung. Husam dah janji dah, kalau PR perintah, 5 tahun takdak cukai. Macam ni la orang pandai ekonomi. Nak cari duit kita minta la derma, jual balak dan pasir semua. kalau lepas setahun duit kerajaan dah habis kita jual la pulak Putrajaya, KLCC dan segala jenis bangunan yang ada kat orang asing. Lagi berdaulat negara kita. Kalau semua dah habis jual kita boleh suruh Pok Nik doa. Lim Guang Eng ngan Karpal Singh lagi sikit nak masuk islam. Kat dada dia dah ada bulan kata Pok Nik. Tu semua sebab doa Pok Nik la tu.

Memang zalim sungguh Kerajaan UMNO-BN. Pelajar cemerlang dia nak bagi biasiswa pulak. Tak perlu biasiswa-biasiswa ni semua. Buat apa la nak bagi budak-budak ni duit. Kita simpan la beli Camry. Baru bergaya dah jadi exco, setakat Proton Perdana V6 tu mana layan. Tak boleh-tak boleh.

Banyak lagi lah yang kerajaan UMNO-BN ni buat yang zalim. Kalau nak tulis tak larat, banyak sangat benda zalim, benda salah yang UMNO-BN ni buat. Kereta eksiden tadi pun salah UMNO-BN jugak. Sapa suruh buat jalan raya. Memang zalim dan bermasalah UMNO-BN ni....

Tuesday, April 13, 2010

ANUar dan NAJIB-Kebenaran Yang Nyata

Dari mula ANUar dibebas dari penjara sampailah sekarang...... dia menjadi liabiliti kepada negara. Malang sungguh nasib kita.Negara gegak gempita dibuatnya. Negara hilang hormat dari dunia luar. Negara jadi bahan ketawa seantero dunia.


Keterdesakannya untuk diterima rakyat dan dunia luar menjadikan dia seperi orang gila... yang hilang pertimbangan. Mentalnya mungkin tak gila...... clear, tapi... emosinya bergelora tak tentu hala.

Sebagai seorang mantan TPM Malaysia yang dipecat kerana SALAHGUNA KUASA dan SALAHLAKU SEKS, keghairahannya yang ingin meneruskan cita-cita menerajui negara.... juga sebagai Perdana Menteri, tidak dapat ditahan-tahan lagi. Ya, tidak dia berjaya.... Tetapi, malang sekali.... dia peliwat tegar yang menjadi liabiliti yang membeban dan merugikan negara.


Gelojak hatinya untuk menjadi orang yang ada kuasa, memaksa dia membuat tindakan-tindakan yang tak masuk akal tanpa menghiraukan perasaan rakyat terutama yang beragama Islam. Sudahlah niat dalam keadaan moralnya dipertikaikan..... kini dia menimbulkan pulak isu APCO untuk mengalihkan isu-isu lain.


Misi utamanya untuk terus berkuasa ialah menganyang pemerintah dengan menggunakan 'sayap-sayap' baru PAS,PKR dan DAP untuk ditunggang semau-maunya. Pemerintahlah yang kini membuat dia 'migraine' tak sudah-sudah. Satu demi satu kepincangan perancangannya dibongkar dan didedahkan.


Oleh itu....

Yeehaaa..... PDRM!! Yeeaahaa... .. SPRM!! Yeehaaa..... SPR!! Yeeehaa... Mahkamah Malaysia!! Yeehaaah.... Tentera Malaysia!!! Ha... ha... ha... Yeeahaaah.... PERKASA!!


Dan kini.... Perdana Menteri Malaysia, NAJIB RAZAK menjadi musuh nombor 1 dia dan mereka. By hook or by crook.... NAJIB mesti diterjah... mesti dinyah dan mesti dipunahkan. NAJIB kini sudah menjadi satu fenomena yang amat digeruni dan ditakuti oleh PKR,PAS,DAP. Begitulah hebatnya penangan NAJIB kepada mereka.


Sekarang, apa yang mereka cuba buat ialah mewujudkan persepsi .... "Yang buruk itu datangnya dari NAJIB RAZAK dan pemerintah, manakala, yang baik itu, mereka belaka" What..?? Mereka fikir rakyat bodoh dan boleh terima semua itu. No way... Di situlah kesilapan mereka. Mereka telah underestimate rakyat...


Macam mana rakyat nak percaya, kalau satu demi satu tembelang mereka pecah dan terdedah. Pekung busuk mereka sudah dihidu dan ia membuat kita rasa loya dan nak termuntah.... 16 september, isu liwat, penyelewengan tabung memali, salah guna kuasa untuk jadi lembaga pengarah YBK, saham-saham azmin, 26 tahun DAP menentang ISLAM, Beng Hock dibunuh tapi tuduh SPRM, rasuah, Pembohongan Balasubramaniam, AKUAN bersumpah yang tipu dari RAJA PETRA, Dr Pornthip spin and the list goes on and on....


Fuulaamaak.... macam-macam skandal dalam pentadbiran dan urusan mereka.... dulu, kini dan aku pasti, selamanya akan macam itulah. Itulah 'hebat'nya PAKATAN HARAM yang diterajui oleh Sheikhul ANUar Ibrahim al-juburi wa liwati(ini mat sabu yang sebut kat ceramah sekitar Baling dulu).... Hebat yang keparat!! 'Hebat' yang mengakibatkan rakyat hidup melarat.


Sebab itu it's high time.... tibalah masanya kita kata kepada mereka "enough is enough". Cukuplah sampai di sini... Jom kita pakat kata "TAK NAK" to Pakatan Haram and to Sheikhul ANUar Ibrahim al-juburi wa liwati.

Mai.... kita bina semula negara tercinta ini tanpa parasit-parasit perosak yang durjana. Aha... timing nya cukup baik. Dedah.... dedah.... dedahkan kepincangan mereka. Biar rakyat semua tahu.Yooo... people of Hulu Selangor, TOLAK PAKATAN RAKYAT dan gantikan mereka dengan BARISAN NASIONAL.... yang terbukti lebih mesra rakyat... lebih cekap... lebih telus.... lebih bertanggung jawab... dan lebih berintegriti!!

Ha... ha... ha...


"Yang LEBIH UMPH itu BN, yang KURENG UMPH.... HAPRAK itu mereka, PR!!"




Diadaptasi dari-

Say.. pooo!! Say...raahh!! Say... Poooraahhh!!

Monday, January 25, 2010

Tu namanya RASUAH wahai NIK AZIZ....

Pada satu hari, Abu Hurairah – salah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis, ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. memungut zakat daripada kaum Muslimin.

Selepas menunaikan tanggungjawab itu, beliau kembali bertemu Rasulullah, ketika itu Rasulullah terlihat sesuatu di dalam poket Abu Hurairah, lalu baginda bertanya “Apa yang ada di dalam poketmu wahai Abu Hurairah?”

Abu Hurairah menjawab, “Cuma sebuah hadiah yang diberikan seseorang kepadaku ya Rasulullah. Lalu Rasulullah meminta Abu Hurairah mengeluarkannya dan berkata, “Masukkan juga benda itu ke Baitulmal, ingatlah seseorang tidak akan memberi hadiah kepadamu jika engkau bukan seorang petugas pemungut zakat.”

Sikap Rasulullah ini kemudiannya dicontohi oleh Khalifah Umar bin Khattab yang pernah meminta daripada isterinya seutas kalung yang diberikan orang dan menyerahkan kepada Baitulmal, kata Khalifah Umar “Kalau engkau bukan isteri seorang khalifah, mana ada orang yang akan memberikan hadiah kepadamu.”

Demikianlah sifat terpuji dan berhati-hati yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dalam usaha menggelakkan diri mereka terjebak dalam gejala rasuah.

Persoalannya, sejauh manakah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah ini dicontohi oleh sesetengah daripada kita yang mempunyai kuasa dan beragama Islam. Sebenarnya sebahagian besar daripada kita terutamanya mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan jarang sekali berhati-hati dalam soal pemberian hadiah ini.

Bagi mereka, apa salahnya menerima pemberian seseorang atas alasan ia hanyalah satu hadiah kecil atau cenderahati. Mungkin anggapan itu tidak salah, tetapi apakah orang yang memberikan itu benar-benar ikhlas atau hakikatnya mempunyai udang di sebalik batu.

Seseorang tidak akan memberikan sesuatu kepada seseorang lain yang mempunyai kedudukan dan kuasa tanpa sebab, sudah pasti ada sesuatu yang diinginkannya apabila `hadiah’ tersebut diberikan.

Kesudahannya akan wujud gejala rasuah yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Apabila sikap menerima hadiah ini sudah dianggap suatu nikmat maka ia sukar dikikis.

Mungkin dalam usaha untuk menghalalkan perbuatan itu ada di antara kita akan memberikan seribu satu alasan termasuk berpendapat bahawa tidak salah dengan kuasa dan kedudukannya dia menerima hadiah.

Ketika zaman Rasulullah dahulu, para sahabat dan generasi awal Islam menolak menerima hadiah, malah para hakim dilarang untuk dipayung ketika hujan kerana bimbang ia akan menyebabkan timbul rasa terhutang budi sehingga mengakibatkan mereka melakukan berat sebelah dalam menjalankan tugas.

Bayangkan untuk dipayung pun tidak boleh, apatah lagi menerima sebuah hadiah yang pada zaman ini seolah-olah sudah menjadi tradisi dan amalan.

Justeru berdasarkan kepada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan dalam usaha kita membanteras gejala rasuah yang mampu meruntuhkan sebuah bangsa dan negara, hapuskanlah amalan mudah menerima hadiah ini.

Ingatlah Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa penerima dan pemberi rasuah akan menerima pembalasan yang amat pedih di akhirat kelak.

Wassalam.



Credit to ISUHANGAT.NET



Lagi berita

http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/11/nizar-mati-pucuk-nik-aziz-pergi-haji.html

http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/43495-pemuda-umno-gesa-nik-aziz-menantu-letak-jawatan

http://www.malaysiatoday.com/Berita/nik-aziz-batal-pergi-haji.html

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/11/nizar-kkk-nik-aziz-terima-rasuah-dari.html

http://mylasia.net/politik/nik-aziz-terkandas-sebelum-pergi-mekah/









Sunday, January 17, 2010

No.1-Kepercayaan kepada TUHAN

Apa la susah sangat nak pikir. terang-terang RUKUNEGARA tu punya prinsip no.1 ialah kepercayaan kepada TUHAN. Nak gaduh apa lagi. Dia bukan tulis kepercayaan kepada ALLAH. Maknanya kat sini, terjemahan kepada God ialah TUHAN, bukannya ALLAH. Apa yang bodoh sangat tak faham-faham bahasa ni. Malaysia ni negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. Tuhan bagi agama yang berlainan adalah berbeza. Islam tuhan dia ALLAH. Agama lain tak payah la nak sibuk-sibuk nak pakai ALLAH jugak. Kerja nak meniru ja tau.





















































Ini contoh antara penerbitan yang menggunakan nama ALLAH menggantikan Tuhan. Tak ke celaru. Bodoh betul manusia-manusia berugama islam yang menyokong penggunaan ALLAH bagi menggantikan perkataan tuhan untuk orang bukan islam. Kamu semua memang bodoh..