Tuesday, April 21, 2009

Ini Contoh Rakyat Malaysia Yang Bodoh!!!

aku baru lepas buka malaysiakini. Pastu terbaca berita ni....



Kerajaan Indonesia digesa campur tangan bagi mendesak Malaysia membebaskan lima warganegara republik itu yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2002, termasuk yang terbaru pada awal Mac.Gesaan itu dibuat oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dalam satu suratnya kepada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur pagi ini.Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, NGO itu telah membawa isu tersebut kepada pengetahuan kedutaan pada 2007.

"Sekali lagi kami mengharapkan kerajaan Indonesia akan campur tangan dalam usaha untuk membebaskan serata membawa tahanan ISA warganegara Indonesia pulang ke sana," katanya.

Surat tersebut diserahkan kepada setiausaha 1 kedutaan, Slamet Nugroho di pejabat kedutaan di Jalan Tun Razak jam 11.55 pagi.

Jumaat lalu, GMI membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung tiga tangkapan terbaru, termasuk Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia.Empat lagi warganegara republik itu yang kini sedang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak: Zainun Rasyid ditahan pada 2002 berhubung Jemaah Islamiah (JI), Mahfudl Saifuddin (JI, 2005), Mulyadi (JI, 2005) dan Ahamad Ghafar Shahril (Darul Islam, 2005).Bercakap kepada media sejurus menerima surat tersebut, Slamet berkata, kedutaan akan mengenal pasti identiti Agus sama ada beliau warga Indonesia atau tidak sebelum menentukan tindakan seterusnya.Dalam suratnya, Syed Ibrahim juga menggesa Indonesia mengutuk penahanan lima tahanan itu dan menyiasat keadaan mereka.




*Apa punya bangang la manusia macam ni. Ko dah duduk kat negara yang aman dan berdaulat pastu ko nak minta tolong kerajaan asing campur tangan...Ini negara tanah tumpah darah tercinta buat apa nak suruh negara asing campur tangan. Derang pun rilek ko yang lebih-lebih. BODOH!!!!

3 comments:

Anonymous said...

betul tu bro...manusia haram jadah yg mengesyorkan campurtangan ini...pergi mati la mereka

gapodio said...

makhluk2 ini berpikiran cetek...
tak pernah fikir akibat dari sesuatu tindakan...

Hazaril Firdaus Ali said...

Ingat lagi tak macam mana Portugis boleh masuk ke Kota Melaka? Diorang tak bukak pintu kota tu sendiri kan?

Nak runtuhkan sebuah bangunan, bom tidak dipasang di perkarangan, tetapi di teras-teras utama peniang bangunan itu sendiri.

Keruntuhan sesebuah organisasi bukanlah dari luar, tetapi dari dalam jua adanya.

Tahniah Tuan Syed Ibrahim Syed Noh dan pengikut anda semua - andalah antara bom-bom yang terpasang pada teras sebuah bangunan yang kukuh bernama MALAYSIA.

Suatu hari nanti, bila ditanya oleh anak cucu akan punca kejatuhan Empayar Islam Malaysia, jangan lupa sebutkan nama anda semua ya. Syabas sekali lagi.