Sunday, April 26, 2009

Apa masalah dengan PPSMI??

Berita ini aku petik dari Bharian Online.

GEORGETOWN: Kepulangan tiga anak peneroka Felda dari Sik dan Baling, Kedah yang menang tiga pingat emas pada Festival Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di Finland, baru-baru ini, disambut meriah, semalam.

Mohd Khairul Effendi, 17, Som Jad a/l Muniandy, 16, dan Mohamad Fazrel Ashraf, 15, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), jam 10 pagi.

Selain guru, ibu bapa dan rakan, mereka turut disambut Ketua Umno Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belantek, Mohd Tajudin Abdullah.

Semua pelajar SMK Teloi Kanan, Baling itu menang pingat emas melalui projek penyelidikan mengenai perubahan cuaca, penanaman pokok bakau dan kajian air.

Mohd Khairul berkata, mereka gembira dapat membuktikan sekolah luar bandar juga mampu mengharumkan nama negara setanding sekolah bandar.

"Kemenangan ini amat bermakna dalam hidup saya dan ia menjadi pendorong untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan," katanya.

Abdul Azeez pada sidang media sama itu turut mengumumkan pemberian sumbangan RM2,000 kepada setiap pelajar terbabit sebagai tabung pelajaran mereka.

Katanya, Umno Baling dan Sik juga mahu menjadikan Jun ini sebagai Bulan Alam Sekitar di kedua-dua kawasan dengan menganjur program pemuliharaan alam sekitar.





*Ini bukti budak-budak luar bandar pun boleh berjaya kalau diberi peluang. Aku cuma nak tau masa derang kat Finland, derang present, buat research segala pakai bahasa melayu ka bahasa inggeris. Kalau derang ini yang datang dan belajar di sekolah luar bandar boleh berjaya mengharumkan nama negara dalam sains dan teknologi, tiada alasan untuk mahkluk-mahkluk diluar sana untuk mengatakan tidak kepada PPSMI.

No comments: