Sunday, March 8, 2009

PPSMI...Apa sebenarnya??

Semalam Bandaraya Kuala Lumpur sesak.Sana-sini traffic jam..kalau selalu perjalanan yang mengambil masa 30 minit, tapi semalam dekat 2 jam baru sampai. Ini semua gara-gara manusia bodoh yang nak buat demontrasi menentang PPSMI. Polis terpaksa menutup jalan untuk mengawal keselamatan rakyat-rakyat yang taknak terlibat dengan demontrasi. Segelintir kecil mahkluk telah meyebabkan ketidakselesaan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Aku sokong polis tutup jalan dan tak membenarkan mahkluk-mahkluk pengacau tu berarak. sebab kalau dibiarkan mahkluk-mahkluk ni berarak benda-benda buruk akan terjadi. Tak perlu nak cakap la apa yang akan terjadi, kita semua tahu kalau dah ada demontrasi, vandalisme akan berlaku. Kenapa orang nak marah polis sebab mengawal keadaan. Semua orang akan cakap itu adalah provokasi dari pihak polis, kalau polis tak ada kat situ takkan terjadi benda tu semua. Siapa kata?Siapa boleh beri jaminan? Yang penting mencegah lebih baik dari mengubati...

Sampai sekarang aku tak faham kenapa orang nak tentang PPSMI ni. Penjelasan bagi pihak-pihak yang anti PPSMI sampai sekarang aku tak boleh nak diterima. Terlalu lemah alasan yang diberikan. Tapi bagi aku, alasan yang paling aku tak boleh terima "kesian kat budak-budak luar bandar".

Alasan ni terang-terang menghina aku sendiri, kaum kerabat dan saudara-saudara aku. Aku memang budak luar bandar, dilahirkan dan dibesarkan di luar bandar sebelum berhijrah ke bandar setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di bandar. Kat mana tempat aku lahir dan dibesarkan? Tempat yang yang Br Anwar B Ibrahim (B.A.B.I) buat demontrasi mogok lapar masa harga getah jatuh dulu. Bagi sesiapa yang tau fakta sejarah, mesti tau tempat ni kat mana. Baling, Kedah Darul Aman.

sahabat 1 : Weh, kau asal mana ha?

aku : Baling.

sahabat 1: oh, ulu tempat tu. aku penah pegi, penuh ngan hutan...

aku : ooo


Bila aku baca blog-blog lain yang mana penulis nya mengatakan kerajaan patut mansuhkan dasar ni kerana ia mengakibatkan pelajar luar-bandar akan keciciran, aku rasa macam nak pergi jumpa sorang-sorang dan aku nak tanya "mu ni asal mana ha?" kalau korang bukan berasal dari luar bandar jangan nak memandai-mandai nak jadi wakil kepada masyarakat luar bandar. Betapa dangkalnya pemikiran kamu semua apabila mengatakan orang luar bandar akan keciciran apabila Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.

Tujuan sebenar Math & sains diajar dalam bahasa inggeris adalah untuk memudahkan pelajar menguasai ilmu itu. Apabila dah boleh kuasai ilmu tu barulah kita boleh guna bahasa melayu tu untuk ajar math & sains. kenapa orang nak bandingkan Malaysia dengan Jepun, German, Perancis dan Russia semua benda tu. Cuba korang semua pikir sendiri sapa Ahli sains, professor, Doktor dari Malaysia yang terkenal di dunia sebab kepandaian dan hasil penemuan dia dalam bidang sains dan matematik. Stakat ni ZERO. Takde sape pun lagi. kalu nak banding ngan Jerman, diorang ada Albert Einstein, Yang mana hasil penemuan beliau dijadikan rujukan oleh ahli sains lain seantero dunia. Aku ambil 1 je contoh taknak letak banyak-banyak. Takyah fikir pasal Russia, Perancis. Tiap-tiap hari kat TV keluar iklan Yakult. Sape pencipta dia?? Minoru Shirota. Korang rasa kat Jepun ada keluar iklan KOPI JANDA ke? Diorang punya saintis buat kajian sampai dikenali seluruh dunia. Kita belum sampai tahap tu lagi. Ilmu tu diorang yang jumpa, sebab tu la diorang boleh guna bahasa diorang. Kita ni masih lagi mengikut. Bila kita dah sampai ke tahap tu barulah kita boleh buat semua benda dalam bahasa melayu. Masa tu ko nak ajar dalam bahasa melayu aku memang takdehal punya. Selagi kita takde manusia-manusia macam ni jangan haraplah kita nak menguasai sains & matematik. Kita hanya pak turut je la.


Pejuang bahasa (konon-kononnya) selalu cakap...


Bila pelajar balik umah mereka tak boleh nak tanya sesiapa sebab mak-bapak mereka tak tahu bahasa inggeris.



Memang aku akui, tak ramai masyarakat luar bandar tahu berbahasa inggeris. Pernah dengar

"tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri"

Habis tu, sampai bila nak maju. Baru susah sikit je nak mengalah, dah taknak belajar.

"Mak-bapak aku tak pandai cakap inggeris, tak tahu sains dan matematik, jadi aku tak payah la belajar. mereka pun sama je, ok je aku tengok boleh je idup"

Pemikiran macam ni ke kita nak dari anak-anak luar bandar??? Kita sepatutnya mengalakkan mereka untuk menceburi sesuatu yang baru. Orang kampung kalau dia tak pandai sains & matematik ko ajar dalam bahasa apa pun, dia masih tak boleh nak tolong ajar anak dia juga. Memang dia tak tau. Sepatutnya orang yang gi demontrasi tu pergi ajar budak-budak tu belajar bahasa inggeris.

Cuba kita pikir balik. orang dulu pun tak reti jugak bahasa inggeris.Masa tu semua tempat boleh dikategorikan ulu, mak-bapak pun tak sekolah, buku-buku pun semua inggeris, berapa kerat je ada buku melayu.Kenapa masa tu boleh je orang semua belajar lam bahasa inggeris. masa tu lagi la susah, kemudahan semua takde, cikgu pun tak ramai. Balik rumah takde sape nak tegur pasal pelajaran. kat sekolah je cakap Inggeris balik rumah cakap melayu. Kenapa manusia zaman tu boleh, manusia zaman sekarang tak boleh. Padahal zaman sekarang kemudahan lengkap.Ini semua berpunca dari sikap manusia itu sendiri. Semua nak senang tanpa mahu susah.


Pejuang bahasa (konon-kononnya) selalu cakap...

Guru- guru masih banyak yang tak boleh nak mengajar murid-murid dalam bahasa inggeris


tolong la wei..6 Tahun..takkan cikgu-cikgu masih tak berjaya nak menguasai bahasa inggeris..buku teks sama...takkan la selepas 6 Tahun... cikgu-cikgu masih guna

5-3 = 2 - five push three same with two

takkanlah selepas 6 Tahun standard penguasaan bahasa inggeris cikgu-cikgu tu masih lemah..nampak sangat cikgu-cikgu ni tiada kesungguhan untuk belajar bagi memajukan diri. Malunya saya kalau saya menjadi salah seorang dari guru-guru tadi...sungguh memalukan..Budak sekolah rendah pun ada kemajuan...

darjah 1&2- kenal huruf, belajar tambah tolak 1@2 angka...

darjah 3&4- buat ayat, dah darab, bahagi...

darjah 5&6- buat karangan, sifir kena hafal sampai 12...
(ini contoh, sillabus sebenar aku tak tahu)

tu budak sekolah rendah...walaupun sedikit masih ada kemajuan. takkan la cikgu-cikgu ni takde kemajuan langsung..takkan la selepas 6 Tahun masih berada di takuk yang sama. gaji kalau tak naik pandai pulak bising. tapi kualiti diri taknak pulak jaga..
sepatutnya geng-geng Gapena, GMP ni ambil nama-nama cikgu ni tadi bagi kat kementerian. bagi Diorang ni tempoh 1 tahun, kalau takde kemajuan pecat je dari jadi guru..menjatuhkan maruah bangsa...
segelintir cikgu-cikgu ni pun sebenarnya terpaksa jadi cikgu sebab tak dapat kerja sebab tak tau bahasa inggeris, pastu amek KPLI sebab dah takde pilihan..
hati dan jiwa bukan kat kat profession perguruan pun...mereka nilah yang merosakkan generasi muda...


Pejuang bahasa (konon-kononnya) selalu cakap...
(sebab tu aku cakap ni semua pasal politik)
UMNO
tak patriotik sebab tak ikut mereka untuk menghapuskan PPSMI...UMNO lah yang menyebabkan tulisan jawi pupus dan sebab itulah ramai anak muda tak reti baca QURAN..Bangsa melayu akan pupus dan bahasa melayu akan lenyap dari muka bumi

ini memang aku tak puas ati..kenapa nak disalahkan UMNO. Dimanakah mahkluk-mahkluk yang berarak semalam tatkala Teresa Kok nak menggantikan tulisan jawi dengan tulisan cina di papan-papan tanda???

Bolehkah Mat sabu, Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Kit siang, Fong po kuan, dll tu bercakap bahasa Melayu baku???Kita semua tahu jawapannya, mereka hanya boleh bercakap bahasa pasar. mereka sendiri gagal untuk bertutur dalam bahasa melayu. Tetapi tiba-tiba nak menjadi jaguh dalam memperjuangkan bahasa melayu.

Bagi mereka apa saja yang dibuat oleh orang UMNO harus ditentang. Inilah punca segala permasalahan. Mereka hanya menentang.

Takkan lah sebab tak reti baca Quran nak salahkan UMNO jugak??takde sebab kalau ko tak reti jawi ko tak reti baca quran jugak. semua tu sikap manusia tu sendiri.Sama-ada dia rajin atau malas je. Banyak je kelas Al-Quran dan jawi skang ni. Kat TV pun adaTakde alasan langsung untuk nak kata jawi akan pupus..

Ada ke bangsa melayu boleh pupus dan bahasa melayu boleh lenyap sebab guna Inggeris untuk ajar sains dan matematik..tak boleh diterima akal langsung. memang kelakar sangat. malas nak ulas lebih-lebih..Kalau dah melayu tu belacan ngan budu jugak dia cari...

tapi dulu PAS juga kata semangat kebangsaan itu ASSOBIYAH..jadi ape pentingnya bangsa kepada PAS..Dulu kata yang pen.ting ISLAM kerana ALLAH tak tengok bangsa.ALLAH tengok AGAMA..Dalam Pas sendiri pun tak guna bahasa melayu. Banyak perkataan yang disadurkan dari ARAB walaupun ada Bahasa melayu. Tiba-tiba sekarang ni nak memperjuangkan Bangsa dan bahasa pulak.

Sebab itulah aku mengatakan penyertaan PKR dan PAS dalam gerakan anti PPSMI ini bermotifkan politik semata-mata. Mereka sedang menangguk di air yang keruh sehingga menyebabkan pak samad pun tertipu.

kita boleh mengatakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) tidak bermotifkan politik kepartian, tetapi sebenarnya masih politik. Inilah yang dinamakan realpolitik. Hassan Ahmad waktu dalam DBP dulu apa yang dia buat? Berapa banyak buku SAINS & MATEMATIK dari luar negara berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh DBP??berapa? Kalau buku sastera memang banyak tapi ini buku SAINS & MATEMATIK.Adakah mereka cuba untuk menutup kegagalan mereka sendiri??cuba baca sini.

Kita memang mempunyai ramai professor. Tapi malangnya, kebanyakan Professor tu dari jurusan sastera bukan dari Sains & Matematik seperti Pak Samad Said sendiri. Beliau tidak mengetahui kesukaran untuk belajar Sains & Matematik.

Cuba kita renungkan,

Seorang pelajar yang cemerlang dalam Sains dan matematik dari sekolah rendah sampai ke menengah tetapi hanya lulus biasa sahaja di peringkat universiti kerana tidak dapat menguasai bahasa inggeris kerana Universiti yang dimasuki menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar sains dan matematik.PNGK pelajar tersebut akan jatuh, malah yang lebih malang lagi jika pelajar tersebut gagal matapelajaran tersebut dan terpaksa mengambil subjek yang sama untuk kali kedua. Tapi sebaliknya akan berlaku jika dia didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris bermula dari umur yang muda.

"MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"

Contoh mudah ialah makan.

Kalau kita dari kecik dah biasa makan nasi, pergi mana pun ceruk dunia mesti kita kalau boleh nak cari nasi jugak untuk makan. Kita akan merasa gelisah kalau pergi tempat yang takde nasi. Sebab dari kecik kita dah dididik macam tu. Memang susah nak ubah sebab dah jadi tabiat kita, malah aku berani cakap kalau doktor larang makan pun kita tak peduli. Kita tetap nak makan nasi jugak sebab kita dah biasa. Dah susah nak ubah selera. Anak kita kalau kita ajar makan roti bila dah besar kita nak ajar makan nasi memang dah susah. Berbeza pulak kalau kita ajar dia pagi-pagi makan roti, tengahari makan nasi, malam makan bijirin. Dia pergi ceruk dunia mana pun tak kisah. Semua benda dia boleh makan nanti berbanding kawan-kawan dia yang tak biasa.

Sama juga dalam isu PPSMI ni. Dari kecil dah guna bahasa melayu untuk sains & matematik dalam bahasa melayu, tetiba masuk universiti nak kena guna bahasa inggeris, memang susah la nak sesuaikan diri. Tambahan pula sebelum ni memang tak berkomunikasi guna bahasa Inggeris (B.I), asyik pakai bahasa Melayu(b.m) saja. memang susah la nak ubah. Orang lain dah jauh ke depan dia baru nak hafal terma-terma. Tapi kalau kita ajar sains & matematik dalam BI, Subjek lain dalam bahasa melayu dia masih boleh guna bahasa- bahasa tu. Itulah keuntungan dia. Barulah dia boleh "berdiri sama tinggi,duduk sama rendah" dengan orang lain..


Mahkluk-mahkluk diluar sana mungkin ada sebab tersendiri untuk mengatakan PPSMI ini patut dihapuskan tetapi cuba kita fikir sejenak.

1) Penunggang motosikal paling banyak terlibat dalam kemalangan jalan-raya. Kita tak haramkan motosikal, kita buat lorong khas untuk penunggang motosikal.

2) Statistik menunjukkan ramai penumpang kenderaan akan tercampak kehadapan apabila kemalangan berlaku. Kita tak haramkan kereta, lori dan van, kita suruh mereka semua pakai tali pinggang keledar.

takkan lah kita nak bakar kelambu sebab marahkan nyamuk??

Itu cuma sedikit saja contoh. Setiap benda mesti ada jalan penyelesaian. Kalau terus dihapuskan memang lah rugi. Aku harap pihak-pihak tertentu berhenti dari mengpolitikkan isu-isu ini..

Bagi aku senang saja nak lawan isu ni. Buat kamus untuk sains dan matematik. Jadikan kamus tu buku teks percuma. Kerajaan tanggung.Semua pelajar dapat sorang satu. Kalau mak-bapak budak tu tak reti bahasa inggeris ke, buta ke, bisu ke, pekak ke, budak tu masih boleh belajar di rumah.Takkan ada alasan lagi dah. betul tak???


"SAYA SOKONG PPSMI"


lagi artikel berkaitan...sini, sini, sini, sini

http://ppsmi-etems.blogspot.com/

http://pilihan-anda.blogspot.com/2009/02/bantah-ppsmicontohi-jepun.html


23 comments:

kluangman said...

Aku ingatkan jem semalam kat KL sebab lembu lembu di Perak terlepas kat wilayah...terima kasih kerana info.

gapodio said...

yang datang tu pun ramai dari luar kl..
orang kl tak layan pun...
caba cek kat harakah daily...ada yang dia cakap bas dari tapah, kelantan kena tahan...

Anonymous said...

FIKIR KAN BETOL-BETOL TENTANG SEJARAH SILAM...KENAPA MAT SALLEH SANGGUP BELAJAR BAHASA ARAB UNTUK BELAJAR TENTANG MATEMATIK, ASTRONOMY, SENI BINA ARAB DAN BILA MEREKA MAHIR DI TERJEMAHKAN DLM BAHASA MEREKA KEMUDIAN CLAIM SEBAGAI HAK MEREKA.
KITA JUGA HARUS BEGITU BELAJAR BAHASA MEREKA MAHIRKAN ILMU MEREKA DAN TERJEMAHKAN KE BAHASA KITA MAJUKAN NYA DAN LEPAS ITU KITA SEBARKAN BAHASA KITA
KENAPA JEPUN, JERMAN, AMERIKA BOLEH BELAJAR BAHASA BANGSA LAIN UNTUK ILMU TAPI MELAYU KITA TAK NAK BELAJAR BAHASA LAIN UNTUK ILMU???
MALU AKU DENGAN ORG POLITIK DAN PEJUANG BANGSA YG DANGKAL NIE.

SAYA SOKONG PPSMI

Man Puchong - oar.tani@gmail.com

Suria Azhar said...

saya sebagai ibu bapa pun menyokong usaha ini..kami pun duduk,luar bandar jugak..tak nmpk ada apa2 masalah pun..

gapodio said...

sampai sekarang aku tak faham kenapa mahkluk-mahkluk ni nak memperbesar-besarkan isu ni...

mungkin sebab mereka semua dah takde isu untuk diketengahkan.....

Chewal said...

Minta tolong kepada semua pengunjung mengisi survey mengenai PPSMI di link dibawah :-

http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=5009302b-ed21-4828-ae31-a84a90ea20f6
Tolong sebarkan juga link diatas ke seberapa banyak yang boleh agar lebih banyak responden dapat dikumpulkan.

Terima Kasih

Anonymous said...

yes,yes, i totally agree with you..just imagine, after 6 years in secondary schools, 5 in primary, learn english but still cant conquer that language, there must be something wrong with the education system isn't? for those 'qualified' teachers yg da graduate pun still not good enough to teach in english..why is it so hard to accept some changes? why being so conservatives? its for our own generation good anyway..

p/s: klu nk ckp pasal patriotik dgn bahasa sendri, take an exmple of those corporate company's interview which credited candidates who fluent in english..goshh..so many eye openers examples around us u know..

gapodio said...

aku rasa tujuan mereka menaikkan isu ni hanya sebab politik semata-mata...
bukan sebab betul-betul nak memperjuangkan bahasa dan bangsa...
ni semua perjuangan bangsat....

Anonymous said...

satu analisis yang tepat dan padat. tahniah.

tujuan sebenar isu ini adalah sebab politik sahaja. tambahan pula prk dah dekat. boleh buat modal berkempen.

JASA said...

saya pun orang baling jugak...

cakap kat semua, janganlah guna alasan kesian kat pelajar luar bandar untuk hapuskan PPSMI...seloka murah semua tu

gapodio said...

sesungguhnya alasan itu sangat menyakitkan hati...

khairul anuar said...

terpulang kpd diri masing2. maaf, sy BANTAH PPSMI.

rasionalnya, semakin luntur jiwa malaysia dlm diri setipa rakyat malaysai. berapa ramai kaum cina dan india yg tahu ckp melayu? ramai....yg x tau.. tak percaye? cube pergi sekitar KL dan ajak dorg borak, dah la PELAT, ade plak yg tak tau nak bls ape dlm melayu.

pelik! kalo ad yg ckp hanya sains dan matematik je yg guna bhs inggeris, yg lain tak, adakah mereka minat subjek lain selain sains dan matematik utk belajar melayu? kaum cina dan india semakin kurang minat guna BM sbb mereka rasa tidak ada sifat global.

tipula sy ckp mereka perjuangkan juga BM bersama-sama sbb mereka mmg takut guna BM! lihat shj iklan2 mereka di TV, akhbar, pusat beli belah, adakah guna BM? tidak sama sekali! mereka lebih bnyk guna BI dan bhs cina!

sbb itu, bkn shj maslah bangsadlm PPSMI tp ia lebih kpd masalah perpaduan! semakin sedikit subjek yg di ajar dlm BM, smakin sukar kaum-kaum ni nak gunakan BM.

salam ziarah...

gapodio said...

khairul anuar...

terpulang kepada kamu...
tapi hujah kamu itu membuktikan bahawa kamu masih tidak mengetahui apakah rasional sebenar disebalik pelaksanaan PPSMI itu sendiri, dan sememangnya ramai orang tidak mengetahui akan objektif sebenar PPSMI itu kerana isu itu telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu...
sastera inggeris dan sains & matematik dalam bahasa inggeris adalah perkara yang berbeza...


merujuk kepada pendapat kamu berkenaan masalah perpaduan. Saya tak tau kamu masih ingat atau tidak, tapi pada suatu masa dahulu Tun Mahathir telah mencadangkan agar diwujudkan sekolah wawasan dan menghapuskan SKJ(T) dan SKJ(C. Malah cadangan itu turut dicadangkan semula oleh Mukhriz. Tujuan penubuhan sekolah itu adalah untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia bermula dari umur yang muda. Tetapi malangnya cadangan itu telah ditolak oleh chauvinist2 kaum yang tidak mahu melihat perpaduan bangsa...Kalau saya berkesempatan saya akan mebuat satu artikel berkaitan isu ini...

terima kasih kerana melawat blog ini...

ONE said...

betol2..
saudara memang bijak..nnt sya link kn blog saudara..

gapodio said...

terima kasih saudara one...
saya bukannya bijak sangat...
ini semua anugerah ilahi...

The Aminos said...

Bagus Bagus !!

Koyeng said...

Memang benar jika ingin menimba ilmu dari bangsa lain kita mestilah belajar bahasa bangsa lain terutama dalam sains dan teknologi yang advance. Tapi sedarlah anak-anak kita bukan semuanya mahu menjadi saintis. Ada yang mahu menjadi akauntan, pegawai bank, arkitek, pustakawan, perhotelan, pendidikan, pakar notivasi, pegawai kerajaan jurugambar, peguam, pegawai pejabat tanah, ahli muzik.... bidang-bidang ini tidak memerlukan super rocket scient yang memerlukan pendalaman dalam bahasa lain kerana Malaysia belum ada teknologi sedemikian rupa. Tetapi jika pada peringkat sekolah gagal dalam mata pelajaran sains atau matematik yang rata-rata universiti tempatan memerlukan calon lulus dengan kepujian sudah tentu cita-cita mereka tidak akan tercapai.

Sekiranya anak-anak kita mahu menjadi saintis, mahu mendalami bidang aerospace, nucklear physic, bio-engineering dan macam-macam advance scients sudah tentu perlu belajar bahasa lain. Bukan hanya terhad dalam bahasa inggeris malah german, atau jepun sekali pun. Tetapi golongan sebegini peratusanya amat kecil berbanding mereka yang berminat dengan arus bidang perkerjaan utama seperti contoh-contoh yang telah diberikan. Jangan lah pula disebabkan golongan kecil ini pelajar-pelajar lain terpaksa berkorban dan terpaksa belajar dalam bahasa inggeris. Golongan kecil tersebut sudah tentu mempunyai tahap IQ yang tinggi. Menguasai terma sains dalam bahasa inggeris sesudah sekolah menengah adalah perkara mudah bagi mereka. Perkara yang sama juga bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di german. Mereka boleh menguasai bahasa dengan mudah sebelum melanjutkan pelajaran disana. Dan disana pula terma-terma sainsnya bukan sama dengan bahasa inggeris.Jadi dimana relevan nya bahasa inggeris itu?

Jika kerajaan begitu yakin kanak-kanak seawal umur 7 tahun boleh menerima bahasa inggeris dengan mudah kenapa dibenarkan untuk mengajar dan belajar dalam dwi-bahasa. Seharusnya diharamkan terus bahasa melayu untuk pelajaran sains dan matematik.

Nazrul Hilmi said...

@ Koyeng

Memang benar jika ingin menimba ilmu dari bangsa lain kita mestilah belajar bahasa bangsa lain terutama dalam sains dan teknologi yang advance. Tapi sedarlah anak-anak kita bukan semuanya mahu menjadi saintis. Ada yang mahu menjadi akauntan, pegawai bank, arkitek, pustakawan, perhotelan, pendidikan, pakar motivasi, pegawai kerajaan, jurugambar, peguam, pegawai pejabat tanah, ahli muzik.... bidang-bidang ini tidak memerlukan super rocket scient yang memerlukan pendalaman dalam bahasa lain kerana Malaysia belum ada teknologi sedemikian rupa. Tetapi jika pada peringkat sekolah gagal dalam mata pelajaran sains atau matematik yang rata-rata universiti tempatan memerlukan calon lulus dengan kepujian sudah tentu cita-cita mereka tidak akan tercapai.

Maaf, anda silap besar. Bidang-bidang bukan sains yg anda sebutkan itu pun semuanya turut memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yg baik dalam semua peringkat sama ada di peringkat pelajaran mahupun di alam pekerjaan. Bahkan bahan-bahan rujukan dan hasil-hasil kerja penting dalam bidang-bidang tersebut pun hampir kesemuanya dalam bahasa Inggeris.

Kedudukan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran dan komunikasi pekerjaan sebenarnya melangkaui sempadan sains dan teknologi semata-mata, bahkan dalam hampir semua bidang.

Serampang dua mata di sebalik PPSMI dan penekanan BI ialah, kelak nanti jika sekalipun anak-anak tidak mendapat keputusan terbaik, sekurang-kurangnya ada juga kemahiran berbahasa Inggeris untuk mereka. Ini jauh lebih baik daripada kumpulan sederhana dan lemah pra-PPSMI yg mana sudahlah peperiksaan mereka tidak cemerlang, kemahiran bahasa pun tiada selain bahasa ibunda sahaja. Better have something than nothing.

gapodio said...

Aminos: TERIMA KASIH

koyeng: kenapa perlu dibatalkan??bukankah elok kalau dibaiki yang mana ada masalah itu.aku dah bagi cadangan pun camna nak setelkan benda ni...

Nazrul: terima kasih kerana melawat blog ini...
idea yang baik...

Anonymous said...

saya tak setuju dengan saudara pasal guru guru ,walaupun dah 6 tahun tetapi masih lagi tak dapat menguasai bahasa inggeris, saudara perlu ingat ,guru-guru kebanyakan nya mendapat didikan dalam bahasa melayu yang saudara kata itu tidak dapat menjadi bahasa ilmu sains dan matematik, selama berpuluh tahun bahasa melayu telah digunakan takda masalah pun. kita lihat bahasa inggeris tu dari darjah satu sampai ke tingkatan 5 ,cuba saudara kira berapa tahun? berapa ramai pelajar yang masih tidak dapat menguasai bahasa inngeris dengan baik,merangkak-rangkak .terkial-kial , ini ditambah pula menggunakan bahasa inggeris dalam matematik dan sains ,tidakkah saudara terfikir bagaimana pelajar terpaksa bertunskus lumus, org barat mempelajari bahasa arab ,betul tapi adakah semua orang diwajibkan belajar bahasa arab pada masa itu, itulah gunanya terjemahan, adakah dengan kita terjemahkan bahasa inggeris ke bahasa melayu ,kita akan menjadi bangsa yang lemah, sungguh kasihan bangsa melayu sekarang yang tidak ada bahasa nombor sendiri ,sungguh memalukan ,bangsa cina ada sistem nombor sendiri,bangsa india ada sistem nombor sendiri , saya tanya saudara dimana sistem nombor kita dalam bahasa kita sendiri, jawapannya semua ada dalam kenangan dan masuk dalam muzium bahasa melayu , fikir-fikirkanlah
tq

gapodio said...

anon..

"tidakkah saudara terfikir bagaimana pelajar terpaksa bertunskus lumus"

ada masalah ke kalau pelajar kena belajar bertungkus lumus???
kalau semua nak senang maka akan sentiasa susah la kita...

saya hanya menjawab sebahagian isu-isu yang diutarakan oleh mereka-mereka yang menentang PPSMI. antara kajian mereka mengatakan sesetengah guru guru masih menggunakan 5-3 = 2 - five push three same with two..takkan la selepas 6 tahun tak tahu term yang betul lagi??
pasal terjemahan tu, berapa banyak buku yang berkaitan sains dan matematik diterjermah dalam bahasa melayu ketika hassan ahmad tu dalam DBP...


fikir-fikirkanlah...

paden said...

"sungguh kasihan bangsa melayu sekarang yang tidak ada bahasa nombor sendiri ,sungguh memalukan ,bangsa cina ada sistem nombor sendiri,bangsa india ada sistem nombor sendiri , saya tanya saudara dimana sistem nombor kita dalam bahasa kita sendiri, jawapannya semua ada dalam kenangan dan masuk dalam muzium bahasa melayu , fikir-fikirkanlah" -anon-

untuk permulaan,orang melayu mana ada nombor sendiri.klu ye pon bahasa sanskrit la rsenye.tulisan sendiri pon tak ada.jawi tu asalnya bahasa arab.

"saudara perlu ingat ,guru-guru kebanyakan nya mendapat didikan dalam bahasa melayu yang saudara kata itu tidak dapat menjadi bahasa ilmu sains dan matematik, selama berpuluh tahun bahasa melayu telah digunakan takda masalah pun" -anon-

nampak tak?bahasa melayu ni guna untuk mengajar,bukan untuk kaji selidik.kalau ye nak guna,kenapa formula2 tetap ajar dalam bahasa inggeris?contoh untuk formula ringkas,daya atau dlm inggerisnya force. (D = JP) mesti korang tak tahu kan? sebab non-ppsmi ajar (F = ma).sebab aku tak belajar dalam ppsmi dulu,aku skang pening kepala.
tahniah kepada yang membantah ppsmi

anak_malaysia said...

Izinkan saya betulkan paden.

Melayu: satu, dua, tiga, empat, lima...
Sanskrit: ekah, dvau, tryah, catvarah, panca...

yg dipetik itu sebentuk sindiran saja.