Sunday, March 8, 2009

PPSMI...Apa sebenarnya??

Semalam Bandaraya Kuala Lumpur sesak.Sana-sini traffic jam..kalau selalu perjalanan yang mengambil masa 30 minit, tapi semalam dekat 2 jam baru sampai. Ini semua gara-gara manusia bodoh yang nak buat demontrasi menentang PPSMI. Polis terpaksa menutup jalan untuk mengawal keselamatan rakyat-rakyat yang taknak terlibat dengan demontrasi. Segelintir kecil mahkluk telah meyebabkan ketidakselesaan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Aku sokong polis tutup jalan dan tak membenarkan mahkluk-mahkluk pengacau tu berarak. sebab kalau dibiarkan mahkluk-mahkluk ni berarak benda-benda buruk akan terjadi. Tak perlu nak cakap la apa yang akan terjadi, kita semua tahu kalau dah ada demontrasi, vandalisme akan berlaku. Kenapa orang nak marah polis sebab mengawal keadaan. Semua orang akan cakap itu adalah provokasi dari pihak polis, kalau polis tak ada kat situ takkan terjadi benda tu semua. Siapa kata?Siapa boleh beri jaminan? Yang penting mencegah lebih baik dari mengubati...

Sampai sekarang aku tak faham kenapa orang nak tentang PPSMI ni. Penjelasan bagi pihak-pihak yang anti PPSMI sampai sekarang aku tak boleh nak diterima. Terlalu lemah alasan yang diberikan. Tapi bagi aku, alasan yang paling aku tak boleh terima "kesian kat budak-budak luar bandar".

Alasan ni terang-terang menghina aku sendiri, kaum kerabat dan saudara-saudara aku. Aku memang budak luar bandar, dilahirkan dan dibesarkan di luar bandar sebelum berhijrah ke bandar setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di bandar. Kat mana tempat aku lahir dan dibesarkan? Tempat yang yang Br Anwar B Ibrahim (B.A.B.I) buat demontrasi mogok lapar masa harga getah jatuh dulu. Bagi sesiapa yang tau fakta sejarah, mesti tau tempat ni kat mana. Baling, Kedah Darul Aman.

sahabat 1 : Weh, kau asal mana ha?

aku : Baling.

sahabat 1: oh, ulu tempat tu. aku penah pegi, penuh ngan hutan...

aku : ooo


Bila aku baca blog-blog lain yang mana penulis nya mengatakan kerajaan patut mansuhkan dasar ni kerana ia mengakibatkan pelajar luar-bandar akan keciciran, aku rasa macam nak pergi jumpa sorang-sorang dan aku nak tanya "mu ni asal mana ha?" kalau korang bukan berasal dari luar bandar jangan nak memandai-mandai nak jadi wakil kepada masyarakat luar bandar. Betapa dangkalnya pemikiran kamu semua apabila mengatakan orang luar bandar akan keciciran apabila Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.

Tujuan sebenar Math & sains diajar dalam bahasa inggeris adalah untuk memudahkan pelajar menguasai ilmu itu. Apabila dah boleh kuasai ilmu tu barulah kita boleh guna bahasa melayu tu untuk ajar math & sains. kenapa orang nak bandingkan Malaysia dengan Jepun, German, Perancis dan Russia semua benda tu. Cuba korang semua pikir sendiri sapa Ahli sains, professor, Doktor dari Malaysia yang terkenal di dunia sebab kepandaian dan hasil penemuan dia dalam bidang sains dan matematik. Stakat ni ZERO. Takde sape pun lagi. kalu nak banding ngan Jerman, diorang ada Albert Einstein, Yang mana hasil penemuan beliau dijadikan rujukan oleh ahli sains lain seantero dunia. Aku ambil 1 je contoh taknak letak banyak-banyak. Takyah fikir pasal Russia, Perancis. Tiap-tiap hari kat TV keluar iklan Yakult. Sape pencipta dia?? Minoru Shirota. Korang rasa kat Jepun ada keluar iklan KOPI JANDA ke? Diorang punya saintis buat kajian sampai dikenali seluruh dunia. Kita belum sampai tahap tu lagi. Ilmu tu diorang yang jumpa, sebab tu la diorang boleh guna bahasa diorang. Kita ni masih lagi mengikut. Bila kita dah sampai ke tahap tu barulah kita boleh buat semua benda dalam bahasa melayu. Masa tu ko nak ajar dalam bahasa melayu aku memang takdehal punya. Selagi kita takde manusia-manusia macam ni jangan haraplah kita nak menguasai sains & matematik. Kita hanya pak turut je la.


Pejuang bahasa (konon-kononnya) selalu cakap...


Bila pelajar balik umah mereka tak boleh nak tanya sesiapa sebab mak-bapak mereka tak tahu bahasa inggeris.



Memang aku akui, tak ramai masyarakat luar bandar tahu berbahasa inggeris. Pernah dengar

"tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri"

Habis tu, sampai bila nak maju. Baru susah sikit je nak mengalah, dah taknak belajar.

"Mak-bapak aku tak pandai cakap inggeris, tak tahu sains dan matematik, jadi aku tak payah la belajar. mereka pun sama je, ok je aku tengok boleh je idup"

Pemikiran macam ni ke kita nak dari anak-anak luar bandar??? Kita sepatutnya mengalakkan mereka untuk menceburi sesuatu yang baru. Orang kampung kalau dia tak pandai sains & matematik ko ajar dalam bahasa apa pun, dia masih tak boleh nak tolong ajar anak dia juga. Memang dia tak tau. Sepatutnya orang yang gi demontrasi tu pergi ajar budak-budak tu belajar bahasa inggeris.

Cuba kita pikir balik. orang dulu pun tak reti jugak bahasa inggeris.Masa tu semua tempat boleh dikategorikan ulu, mak-bapak pun tak sekolah, buku-buku pun semua inggeris, berapa kerat je ada buku melayu.Kenapa masa tu boleh je orang semua belajar lam bahasa inggeris. masa tu lagi la susah, kemudahan semua takde, cikgu pun tak ramai. Balik rumah takde sape nak tegur pasal pelajaran. kat sekolah je cakap Inggeris balik rumah cakap melayu. Kenapa manusia zaman tu boleh, manusia zaman sekarang tak boleh. Padahal zaman sekarang kemudahan lengkap.Ini semua berpunca dari sikap manusia itu sendiri. Semua nak senang tanpa mahu susah.


Pejuang bahasa (konon-kononnya) selalu cakap...

Guru- guru masih banyak yang tak boleh nak mengajar murid-murid dalam bahasa inggeris


tolong la wei..6 Tahun..takkan cikgu-cikgu masih tak berjaya nak menguasai bahasa inggeris..buku teks sama...takkan la selepas 6 Tahun... cikgu-cikgu masih guna

5-3 = 2 - five push three same with two

takkanlah selepas 6 Tahun standard penguasaan bahasa inggeris cikgu-cikgu tu masih lemah..nampak sangat cikgu-cikgu ni tiada kesungguhan untuk belajar bagi memajukan diri. Malunya saya kalau saya menjadi salah seorang dari guru-guru tadi...sungguh memalukan..Budak sekolah rendah pun ada kemajuan...

darjah 1&2- kenal huruf, belajar tambah tolak 1@2 angka...

darjah 3&4- buat ayat, dah darab, bahagi...

darjah 5&6- buat karangan, sifir kena hafal sampai 12...
(ini contoh, sillabus sebenar aku tak tahu)

tu budak sekolah rendah...walaupun sedikit masih ada kemajuan. takkan la cikgu-cikgu ni takde kemajuan langsung..takkan la selepas 6 Tahun masih berada di takuk yang sama. gaji kalau tak naik pandai pulak bising. tapi kualiti diri taknak pulak jaga..
sepatutnya geng-geng Gapena, GMP ni ambil nama-nama cikgu ni tadi bagi kat kementerian. bagi Diorang ni tempoh 1 tahun, kalau takde kemajuan pecat je dari jadi guru..menjatuhkan maruah bangsa...
segelintir cikgu-cikgu ni pun sebenarnya terpaksa jadi cikgu sebab tak dapat kerja sebab tak tau bahasa inggeris, pastu amek KPLI sebab dah takde pilihan..
hati dan jiwa bukan kat kat profession perguruan pun...mereka nilah yang merosakkan generasi muda...


Pejuang bahasa (konon-kononnya) selalu cakap...
(sebab tu aku cakap ni semua pasal politik)
UMNO
tak patriotik sebab tak ikut mereka untuk menghapuskan PPSMI...UMNO lah yang menyebabkan tulisan jawi pupus dan sebab itulah ramai anak muda tak reti baca QURAN..Bangsa melayu akan pupus dan bahasa melayu akan lenyap dari muka bumi

ini memang aku tak puas ati..kenapa nak disalahkan UMNO. Dimanakah mahkluk-mahkluk yang berarak semalam tatkala Teresa Kok nak menggantikan tulisan jawi dengan tulisan cina di papan-papan tanda???

Bolehkah Mat sabu, Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Kit siang, Fong po kuan, dll tu bercakap bahasa Melayu baku???Kita semua tahu jawapannya, mereka hanya boleh bercakap bahasa pasar. mereka sendiri gagal untuk bertutur dalam bahasa melayu. Tetapi tiba-tiba nak menjadi jaguh dalam memperjuangkan bahasa melayu.

Bagi mereka apa saja yang dibuat oleh orang UMNO harus ditentang. Inilah punca segala permasalahan. Mereka hanya menentang.

Takkan lah sebab tak reti baca Quran nak salahkan UMNO jugak??takde sebab kalau ko tak reti jawi ko tak reti baca quran jugak. semua tu sikap manusia tu sendiri.Sama-ada dia rajin atau malas je. Banyak je kelas Al-Quran dan jawi skang ni. Kat TV pun adaTakde alasan langsung untuk nak kata jawi akan pupus..

Ada ke bangsa melayu boleh pupus dan bahasa melayu boleh lenyap sebab guna Inggeris untuk ajar sains dan matematik..tak boleh diterima akal langsung. memang kelakar sangat. malas nak ulas lebih-lebih..Kalau dah melayu tu belacan ngan budu jugak dia cari...

tapi dulu PAS juga kata semangat kebangsaan itu ASSOBIYAH..jadi ape pentingnya bangsa kepada PAS..Dulu kata yang pen.ting ISLAM kerana ALLAH tak tengok bangsa.ALLAH tengok AGAMA..Dalam Pas sendiri pun tak guna bahasa melayu. Banyak perkataan yang disadurkan dari ARAB walaupun ada Bahasa melayu. Tiba-tiba sekarang ni nak memperjuangkan Bangsa dan bahasa pulak.

Sebab itulah aku mengatakan penyertaan PKR dan PAS dalam gerakan anti PPSMI ini bermotifkan politik semata-mata. Mereka sedang menangguk di air yang keruh sehingga menyebabkan pak samad pun tertipu.

kita boleh mengatakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) tidak bermotifkan politik kepartian, tetapi sebenarnya masih politik. Inilah yang dinamakan realpolitik. Hassan Ahmad waktu dalam DBP dulu apa yang dia buat? Berapa banyak buku SAINS & MATEMATIK dari luar negara berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh DBP??berapa? Kalau buku sastera memang banyak tapi ini buku SAINS & MATEMATIK.Adakah mereka cuba untuk menutup kegagalan mereka sendiri??cuba baca sini.

Kita memang mempunyai ramai professor. Tapi malangnya, kebanyakan Professor tu dari jurusan sastera bukan dari Sains & Matematik seperti Pak Samad Said sendiri. Beliau tidak mengetahui kesukaran untuk belajar Sains & Matematik.

Cuba kita renungkan,

Seorang pelajar yang cemerlang dalam Sains dan matematik dari sekolah rendah sampai ke menengah tetapi hanya lulus biasa sahaja di peringkat universiti kerana tidak dapat menguasai bahasa inggeris kerana Universiti yang dimasuki menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar sains dan matematik.PNGK pelajar tersebut akan jatuh, malah yang lebih malang lagi jika pelajar tersebut gagal matapelajaran tersebut dan terpaksa mengambil subjek yang sama untuk kali kedua. Tapi sebaliknya akan berlaku jika dia didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris bermula dari umur yang muda.

"MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"

Contoh mudah ialah makan.

Kalau kita dari kecik dah biasa makan nasi, pergi mana pun ceruk dunia mesti kita kalau boleh nak cari nasi jugak untuk makan. Kita akan merasa gelisah kalau pergi tempat yang takde nasi. Sebab dari kecik kita dah dididik macam tu. Memang susah nak ubah sebab dah jadi tabiat kita, malah aku berani cakap kalau doktor larang makan pun kita tak peduli. Kita tetap nak makan nasi jugak sebab kita dah biasa. Dah susah nak ubah selera. Anak kita kalau kita ajar makan roti bila dah besar kita nak ajar makan nasi memang dah susah. Berbeza pulak kalau kita ajar dia pagi-pagi makan roti, tengahari makan nasi, malam makan bijirin. Dia pergi ceruk dunia mana pun tak kisah. Semua benda dia boleh makan nanti berbanding kawan-kawan dia yang tak biasa.

Sama juga dalam isu PPSMI ni. Dari kecil dah guna bahasa melayu untuk sains & matematik dalam bahasa melayu, tetiba masuk universiti nak kena guna bahasa inggeris, memang susah la nak sesuaikan diri. Tambahan pula sebelum ni memang tak berkomunikasi guna bahasa Inggeris (B.I), asyik pakai bahasa Melayu(b.m) saja. memang susah la nak ubah. Orang lain dah jauh ke depan dia baru nak hafal terma-terma. Tapi kalau kita ajar sains & matematik dalam BI, Subjek lain dalam bahasa melayu dia masih boleh guna bahasa- bahasa tu. Itulah keuntungan dia. Barulah dia boleh "berdiri sama tinggi,duduk sama rendah" dengan orang lain..


Mahkluk-mahkluk diluar sana mungkin ada sebab tersendiri untuk mengatakan PPSMI ini patut dihapuskan tetapi cuba kita fikir sejenak.

1) Penunggang motosikal paling banyak terlibat dalam kemalangan jalan-raya. Kita tak haramkan motosikal, kita buat lorong khas untuk penunggang motosikal.

2) Statistik menunjukkan ramai penumpang kenderaan akan tercampak kehadapan apabila kemalangan berlaku. Kita tak haramkan kereta, lori dan van, kita suruh mereka semua pakai tali pinggang keledar.

takkan lah kita nak bakar kelambu sebab marahkan nyamuk??

Itu cuma sedikit saja contoh. Setiap benda mesti ada jalan penyelesaian. Kalau terus dihapuskan memang lah rugi. Aku harap pihak-pihak tertentu berhenti dari mengpolitikkan isu-isu ini..

Bagi aku senang saja nak lawan isu ni. Buat kamus untuk sains dan matematik. Jadikan kamus tu buku teks percuma. Kerajaan tanggung.Semua pelajar dapat sorang satu. Kalau mak-bapak budak tu tak reti bahasa inggeris ke, buta ke, bisu ke, pekak ke, budak tu masih boleh belajar di rumah.Takkan ada alasan lagi dah. betul tak???


"SAYA SOKONG PPSMI"


lagi artikel berkaitan...sini, sini, sini, sini

http://ppsmi-etems.blogspot.com/

http://pilihan-anda.blogspot.com/2009/02/bantah-ppsmicontohi-jepun.html